Friday, November 20, 2009

thinking bout ur future???

..hmm..mase depan???kadangkala ak merasekan diriku masih lagi belum cukup dewasa unruk memikirkan perkara2 yang bakal terjadi mase depan...terase diri ni x matang lagi..n hanya mereka yang matang jer yang perlu berfikir sebegitu rupa....tapi sampai bila????sampai bila ak boleh menerima hakikat..ak juge sudah harus mula merancang kehidupan???
hmmmm.kadang2 bila pk pasal nie...ianya lagi susah dari segale core subject engineering...salah satu masalah ak sekarang iayalah memikirkan ..bidang ape yang ak nak major dln engineering nie...adekah perlu berlandaskan minat atau skop kerjaye???
ak nak kate minat..ak suke programming...tp even ak minat prog..tapi ak x bole org stress ak untuk wat benda tu..ak enjoy buat bile ak rase ak nk wat..n memandangkan subjek tu dah semakin lame semakin susah..ianya dh start merisaukan ak...boleh ker ak teruskan dlm bidang berkaitan dgn prog????tapi ak rase ak tak ley nk go on kalu ak masuk bidang cam auto,aero,manufacturing...yang ak rase ak bole electric jer...
tp computer or communication?????ish..susah tol la...kalu communication byk circuit..bole ker ak wat???skrg ak kne fikir elok2..coz next sem ak dah suppose ade pegangan yg kuat...n ak dah sepatutnye start fikir sal mase dpan ak...so sape2 yg ade cdangan atau nsihat kat ak..tolong la yer..:)

baru nak ambik lesen memandu???

haha..kalu korang yang dah ambik mesti rase lawak..tapi ramai lagi diantara kita yang tak ambik lesen lagi..termasuk r ak sendiri...dah jadi trend zaman sekarang, remaja ambil lesen lepas jer habis spm...tapi bagi golongan seangkatan dengan ak..lepas spm tak boleh nak ambil disebabkan umur yang tak cukup nak ambil..
Akibat tangguh dan terus menagguh...tu la sampai sekarang takde lesen lagi...ye la..bila dah masuk u, dah mula busy..cuti pun xlama...especially dak2 uia..cuti x lama..memang la ade jer kursus tuk ambil lesen time kat u, tp cam xde kekuatan nak pergi sebab takot tak dapat bahagikan mase ngan baik ujung minggu..tapi ak rase bole jer kot..asalkan pandai bahagikan mase antara lesen ngan study...
Ni la cuti ni, ak berusaha nak ambik lesen..tapi memandangkan cuti ni singkat jer...ak rase aku sempat takat lasen L jer...hmm..xpe laa....
ni ak nak komen la..kepade mereka yang dah ade lesen memandu..tapi lesen tu juz dijadikan hiasa..terutame kpd membe2 ak yg ak kenal...no use la mcm tu ...hmm..nnt korang jd xpndai cm kitaorg yg baru nk blaja nie..haha...kate mereka..diaorg xde kekuatan n kbranian lg nk drive...tp sampai bile???kalu camtu bek xyah ambik awal2....hmm...bak kate mak ak,memandu nie perlukan keberanian...kalu x xdpt laa...
hmm..ape2 pun...kite kena r berani mencube..n kpd sesape lg yg mcm ak..msih blum ade lesen..jom r kita pakat ramai2 ambil lesen..... ;)

Sori sangat2...slame ni busy

sori sangat2..selame nie memang busy..sejak masuk main campus memang busy..takde mase nak luang untuk blog nie...hmm..tp takpe kita try jugak untuk aktif...sementara cuti inter semester nie la kan...

Thursday, September 17, 2009

i'm back!!!!


WazZZaap....haha..lame ak tak jengok blog ak nie..maklum r..sibuk r skang..pastu plak kat uia ak susah nk online coz skrang ak bwk lappy abg ak...mls nk install wifi uia...nak broadband x mampu beli lagi..tengah tunggu jpa..hmmm..kat umah plak busy gak..skali skale jer a..xpe..skali ak dah kembaili bis r ak kan berceloteh,..haha.....jom start celoteh...

Thursday, July 9, 2009

apakah yang sanggup dikorbankan demi cinta??

emm..ni ak petik dari citer Nur Kasih yg tgh hot kat tv3 skrg nie..mungkin ade pihak yg x brape meminatai tp bg aku citer nie ade nilai estetikanya tersendiri...berbentuk cinta dan islam..sangat menarik perhatian aku untuk melekat di kaca tv setiap kali ianya bersiaran..hmmm...ape yang anda semua sanggup korbankan demi cinta????.....bagi aku pun..masih tertanya2...haha..tapi kita janganlan sempitkan konteks cinta itu sekadar cinta di antara adam dan hawa.....cinta kepada Allah adalah yang hakiki..dan cinta kepada ibu bapa juga cinta utama....


ni merupakan dinner diantara cls mate perempuan ku mase kat cfs pj. dan sekarang kami masih lagi bersama walaupun kelas kami dah berbeza. sangat happening.walaupun kami terdiri daripa beberape kerat je...tapi keakraban kami semua tak terniali hargenye..hepi sangat dpt kenal ngan diaorg sume..dah rase cam satu family..ye la sepanjang duk pj..kami asyik sesame jer...
time dinner nie..aku ade wat skit slide show , gmbar2 kitaorg sepanjang duk kat pj..tu tande as aku appreciate persahabatan kitaorg..huhu...dinner nie tak la gempak sangat..kitaorg mkn kat kafe mahalah zainab jer...huhu..tapi yg penting ye lah,.hepi berkumpul beramai2...
echa,nyot,atiq (aka kembar ),jannah,pijah n dayang..i love u all...mmmuuaaaHH : )



Ni salah satu cerpen aku yang pernah aku karang dulu...bace la ekk..


TaKdiR CinTa
“Puan , setelah saya buat pemeriksaan sekali lagi ke atas anak puan, keadaan dia mulai stabil, dan dia dibenarkan keluar pada hari ini. Makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan dan kalau ada apa – apa masalah dating buat pemeriksaan selanjutnya di sini”, jelas Dr Qistina Balqis sambil terukir senyuman di bibirnya. Sudah tiga tahun dia berkhidmat sebagai seorang doktor pakar kanak- kanak di sebuah hospital swasta, setelah menamatkan pelajaranya dalam bidang perubatan kanak- kanak di Russian State Medical University. Qistina Balqis kini boleh menaraik nafas lega setelah impiannya sejak di alam ‘barbie doll’ menjadi kenyataan. Wad kanak- kanak di hadapanya diperhatikan, sambil otaknya ligat mengimbau kenangan lalu yang sentiasa utuh tercatat dalam diari hatinya….yang menjadikan dia insane seperti hari ini…
……………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“Nah, ambik kertas kau! Sikitnya markah kau dapat!!! Kata kau hebat sangat!Macam mana aku pula yang dapat markah tinggi sekali ni???”, begitu lancang mulut Azmil Iskandar mengeluarkan kata dan riak bangga terpamer diwajahnya. Azmil Iskandar adalah organisma yang paling dibenci oleh Qistina. Setiap hari ada sahaja kata – kata peadasnya yang mampu menggores hati Qistina. Namun, Qistina hanya bersabar dan tidak menunjukkakn sebarang reaksi ke atas apa yang diperlakukan oleh Azmil. “Lantak kau la Azmil, peduli apa aku kat kau. “ Itulah perkataan yang sering menjadi penawar hatinya untuk terus bersabar.
Tetapi hari itu entah kenapa, keasabaran Qistina selama ini telah mencapai tahap maksimum dan tidak bias dibendung. Bagaikan bom jatuh kali kedua di Hiroshima dan Nagasaki, Qistina membalas balik apa yang diperkatakan oleh Azmil kepadanya. Mulutnya yang selama ini terkunci, hanya hati menahan perit, akhirnya terkeluar jua segala derita.” Puas!!! Puas hati aku”,desis hati Qistina lalu terus mengatur langkah, berlalu meninggalkan Azmil terpaku, kelu tak terkata.
Sejak saat itu, Qistina bagaikan membuka diari kehidupannya yang baru. Kehidupanya di sekolah berasrama penuh itu, telah menjadi tenang dan damai bak hembusan bayu di tepian pantai. Tiada lagi kata – kata pedas dari Azmil yang kehadiranya bagaikan parasit bagi Qistina.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
“Qis, macam mana presentation kita esok? “, ujar Tasha kepada Qistina. Tasha kelihatan seperti cacing kepanasan, tak senang duduk, ke hulu, kehilir. Qistina hanya tersenyum dan menggelengkan kepala melihat telatah rakannya itu.” Rileks la, apa yang nak ditakutkan. Hakim- hakim yang ada hari esok semuanya manusia, bukannya T-rex. Diaorang tak makan kita la, kalau kita buat silap. Lagipun kita kan dah berusaha ni.”,jawab Qistina sambil ketawa. Hatinya terhibur apabila mengusik Tasha. “ Kau cakap memang la senang, kau dah biasa dengan benda- benda ni semua “, Tasha masih tidak keruan. “ La kita kan dah biasa buat presentation dalam kelas “, ujar qistina sambil tangannya ligat menyiapkan apa yang patut.
Qistina dan Tasha mewakili kelas mereka, 4 Kripton 3 , dalam projek kategori Biologi sempena Science Fair, acara tahunan yang wajib disertai oleh pelajar tingkatan empat sebagai basic sebelum membuat tesis ketika di tingkatan lima nanti.
Sedang khusuyk Qistina dan Tasha berbincang, tiba- tiba wujud satu lembaga homosapiens di pintu makmal. “Siapa budak lelaki tu?”, bisik Tasha kepada Qistina. “ Entah laa.., Nampak macam student form 5 jer, maybe dia just nak tengok – tengok kot “, jawab Qistina bersahaja. Pemuda itu kemudiannya mula mengatur langkah kearah mereka berdua tanpa dijemput masuk dengan lagaknya seakan- akan tokoh koprat.
“Terlibat dengan Science Fair kan?”,pemuda itu mula membuka bicara. Qistina hanya mengangguk. “ Apalah mamat ni. Mestila sebab Science Fair, kalau tak masakan kitaorangada kat dalam makmal malam- malam macam ni. Lagipun student lain semua tengah syok tengok persembahan pentomen kat dewan. “ bebel Qistina dalam hatinya sambil kepalanya terus tunduk, khusyuk mengatur ayat untuk pembentagannya esok.
Setelah menyedari kehadirannya di makmal itu tidak diperdulikan,pemuda itu mula berkata – kat semula, “ Oh ya, mesti korang terkejut kan, kenapa saya ada kat sini. First of all, saya Zamir Ilham bin Othman, form five student. Cikgu Ruzannah yang suruh saya kesini, bantu kamu berdua.” Qistina mendonggakan kepalanya, tanpa di sedari matanya bertembung dengan anak mata Zamir. Mereka berdua terdiam seketika sambil melarikan anak mata masing- masing.Tasha yang menyedari kejadian itu tergelak kecil dan berlagak seperti tidak nampak.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Kemesraan yang terjalin diantara Qistina dan Zamir hari kehari tidak disenangi oleh Azmil. Hatiny bagaikan dihiris sembilu apabila melihat Qistina bersama- sama dengan Zamir. Mereka menjadi semakin rapat berikutan Zamir ketika itu juga merupakan tutor subjek biologi Qistina. Mereka berdua merupakan pelajar terbaik subjek biologi bagi tingkatan masing- masing.
Azmil merasakan itu semua tidak adil bagi dirinya. Baginya dia yang sepatutnya berada di sisi Qistina bukan Zamir. Dia terlebih dulu mengenali gadis itu, walaupun hubungan mereka bagaikan anjing dengan kucing. “ Kenapa Qis??? Kenapa? Kau tak tahu ke aku sukakan kau. Walau apa pun terjadi , kau tetap akan jadi milik aku”, desis hati Azmil. Tekad dalam hatinya utuh, walaupuan ada sedikit berbaur kejam.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Zamir terlebih dahulu meninggalkan alam persekolahan menengahnya. Dia Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan ditawarkan mengikuti program trek pantas, Skim Pelajar Cemerlang ( SPC ), tajaan MARA ke Russian State Medical University selama 6 tahun. Kejayaan Zamir menjadi inspirasi Qistina untuk sama melakar kejayaan.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………..
“ Zamir!! Bangun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Jangan tinggalkan Qis…..”, terketar – ketar bibir Qistina merayu. Namun takdir telah menentukan….Segala harapan tinggal harapan…Zamir terlebih dahuku menemui Ilahi. Suasana wad ICU,Russian State MedicalUniversity Hospital suram dan sepi, hanya tangisan Qistina kedengaran, mengeringi pemergian insane yang utuh dalam hatinya.
Di sebalik dedaun pintu Azmil berdiri kaku.Air jernih mengalir membasahi pipinya. Pilu hatinya melihat Qistina sengsara . “ Ya Allah bukan dengan cara ini tuk aku memperoleh Qis”, hatinya di runtun bersalah mengenangkan tekadnya untuk memiliki Qistina suatu masa dahulu.
Zamir telah dilanggar kereta sebaik sahaja keluar dari restoran, selepas menjamu selera bersama- sama pelajar Malaysia yang menuntut di university yang sama dengannya termasuklah Qistina dan Azmil. Semuanyan bagaikan telah diatur mengikut kronologi oleh Yang Maha Kuasa. Sebelum pergi, Zamir telah menghadiahkan seutas gelang tangan yang terukir nama mereka berdua padanya.
“ Aku akan bahagiakan kau Qistina Balqis. Akan aku berikan kepada kau sepenuh hatiku, lebih dari apa yang Zamir berikan “, tekad hati Azmil Iskandar.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Qis , apa yang kau menungkan tu???”. Sapaan Azmil mengejutkan Qistina dari lamunannya. “ Apa la kau ni. Buat terkejut orang jer, “Qistina membalas sambil mencubit Azmil. “ Aduh sakit la…Macam mana la budak ni boleh jadi doktor kanak-kanak?”, rungut Azmil sambil matanya memendang Qistina yang lekamemebelek gelang di tangannya.Gelang pemberian arwah Zamir masih tersisip rapi di pergelngan tangannya.” Sudah la tu , Qis..Zamir dah tak ada”,ucap Azmil. “ Aku Cuma teringatkanarwah Zamir, sebab dorongan dia aku Berjaya sekarang.Aik..kenapa cemburu ke?”,pertanyaan Qistina membuatkan Azmil tersenyum.” Buat apa aku nak cemburu, sekarang kan doktor garang depan aku ni dah sah jadi tunang aku.lagipun bulan depan kita dah nak khawin”.Walaupun kadang kala cemburunya terhadap arwah Zamir menyelak hatinya, namun perasaan itu dibuang jauh- jauh.Dia tahu cinta Qistina Balqis kini hanya lah untuknya dan cinta terhadap Zamir hanyalah salah satu memori hidup wanita itu. Azmil percaya kepada takdir cinta.Takdir cintanya bersama Qistina , insan pada suatu ketika dulu begitu membencinya , kini begitu menyanyanginya.”Ni apasal pulak termenung ni, tadi dia yang semangat nak ajak orang makan, jom la..orang dah lapar ni!”, suara Qistina menyerdarkan Azmil.Azmil tersenyum memandang Qistina.”Jom doktor garang!!”, jawab Azmil selamba dan terus memaut lengan Qistina ke kantin hospital, Qistina tergelak kecil, dan rasa bahagia menyelubungi jiwanya………………………..
THE END
Nukilan : nanakerosakura


* harap korang bace n bagi la komen yer...nanti boleh la aku cube mengarang lagi....saya budak baru belajar...hehe : )

Wednesday, July 8, 2009



ni la die..kawan aku...namenyer..nabilah solehah ahmad tamrin..tapi name feymes dier..adelah..SOTAM...haha..ni membe ak time ak kat mrsm transkrian pulau pinang..kite org sebaye..(set2 x ckup umr)..haha..skang die study kat utm skudai..kiteorg rapat sebab dulu2..kalau nak balik kuantan..mesti duk kat sebelah mnyebelah...so dah biase la tgok air liur dier mleleh..haha..pic ni..time kitaorg date baru2 nie..kitorg g complex...tgok movie transformer 2..minah nie la nk tgok..seb bek gempak..x r membazir duit ak..haha..takpe laa..lg pun date setahun skali jer....b4 masuk movie ktorg mlantak kfc..sakai gelr makan..lpas hbis movie..ktorg pg kfc balik..tp bkn nk mkn kali kdua..ak bwk die jumpe mak ak..kebetulan mak ak mkn kat kfc gak..pastu mak ak bwk kitaorg shopin kat East coast mall plak..( date dah terganggu :( ishk2..) haha....tapi best gak..ktorg dpt baju 1 sorg...ape2 pun kak sot..nnnt date lg..haha

hadiah special tuk kwn2 ku..


bende nie x la seberape..tapi ak spend mase wat die tuk korang...ak juz dapat buat die time waktu senggang jer....so sape2 yg dapat hope sgt jage die baik2... :)

classmate yang tak akan aku lupakan..




ni la die..kesengalan ex clsmate ku....pada dasarnye memang kadang2 diaorg skema..tapi kdg2 pun giler sampai tak boleh kawal kesengalan mereka..esp..gurls..haha...tu gmbar time grand dinner...mase jamuan hari raye...mase tangkap gambar majalah maktab...haha..nampak ketidak matangan ak...well..skrg arina diyana dah lain tau..haha

ni cls 515 mase kat mrsm jasin dulu yang sekarang dikenali sebagai mrsm Tun Ghaffar Baba..name nie ditukar since jasin slalu at the 1st ranking among other mjsc...tapi sekarang dah jatuh sikit...huhu..tup tup..dah tiga tahun ak tinggalkan jasin..jasin sgt meninggalkan kesan yg amat mendalam kat ak..berada di dalam kelompok mereke2 yg sgt kuat study...pada awalnyer..buat ak terkejut skejap..haha..ingat lagi clsmate ak boys..mula2 mase f4 diaorg tersangat la skema..haha..awal2 masuk dah study...tp lame2 ak dah dpt biasekn diri...mcm2 blaku kat sane..hepi sdey..sumer ade...tapi kini ak terase sungguh berat nk melangkah ke jasin semula..mungkin sebab ak rase rndah diri..clsmate ak rata2 kebanyakan melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara...tapi tidak ak..hanya dalam negara...hmmm...sedangkan itu juga yg ak imipikan slame ini..tapi..nak buat mcm mane...kita hanya merancang..tuhan yang menetukan...
teringin nak mengarang semula..hmm.tapi kali nie nak stick pade genre lame atau genre lain yang lebih mencabar..huhu..tapi memandangkan sekarang mase pun terhad..baru nak dapat idea dah terbantut...

celoteh pembukaan...

haha..Assalamualaikum kpd semua...
1st of all...thanks coz sudi jenguk celoteh doremon nie...haha..
xtau nak ckp ape lg..maklum laa...first time kan...sekarang nie tengah cuti semester..n beberape hari lagi nak bukak...tak lama dah nak mengadap buku balik...

tu la..time nk blaja merungut nak cuti..time cuti merungut pulak nak belajar...haha..tu la adat sebagai manusia...setiap yang terjadi tak pernah berikan kite kepuasan...slalu inginkan sesuatu yang lain...